klik-klik malaysia

Wednesday, September 1, 2010

GemuK!!!!!

hye...
hari ni dah braper hari yer kita puasa?
well, Raya is round the corner already..
at this moment...
during my secondary school..i would wait for kad raya..
but today..
no more kad raya..people only use SMS..MMS..
thus..technology is a disaster..kehancuran nilai murni hantar kad raya...
the issue has been discussed by the post office..when people have been asked..
they tend to answer:

"ala..kad raya mahal la..."
"ape barang kad raya...SMS sudah...jimat..10sen jer"
"malas la nak tulih...bazir dakwat pen"

huhu...banyak sangat alasan..
tp..I still wanna kad raya...
satu pun cukupla..(rayuan tah hape2)..
hehe..
ala..saja je nak bangkitkan mood homesick kat orang2 yang duk jauh 2...
i bet u do wanna own kad raya kan???
hehe...sorry la...gaji tak dapat lagi...
tak dapek eden nak bagi...
=P

but...today bukan nk cter pasal kad raya tau...
just wanna share a story that i have read few years ago..
saja je..
teringat balik citer tu as some of ma family told that i GEMUKKK...huhu

ceritanya begini...:

Ini merupakan cerita tentang seorang wanita bernama Ain dan pemuda bernama Adam. 

Kisah Ain:

21/7/1997
Loceng dah berbunyi. Alamak..perut dah lapar. Ibu lupa nak bagi duit tadi.  "Ain..nak pergi makan tak?",Faz datang menyapa. "takpelah Faz..aku tak lapar"..dalam hati hanya Tuhan yang tau.. tiba-tiba.."Oi..ko tak payah la ajak minah gemuk tu makan..lemak dah berlebih dah kat badan tu..kalau rimau baham pon 3 hari 3 malam kenyang tak bangun-bangun...hahaha"..Perit sungguh gelak Adam..tapi tak pelah...Aku suka dia. Adam tak kan pandang aku punya. Dia kacak, anak orang kaya, ramai peminat..aku? gemuk gedempol!!! aduh!!! napela aku tak cantik macam faz..Dah lama aku tau yang Adam suka Faz. Faz pulak tak habis-habis menolak cinta Adam. Kalau la aku, Ish..dah lama aku terima Adam tu..Jejaka Idaman Malaya kot??? "amboi..berangan jauh nampak?? tak yah la nak simpan angan-angan ko tu Ain..dengan rupa ko macam badak berendam tu,ko ingat Adam pandang? tak payah la"..itu Rina, Fan club si Adam ni..adoi..nampak sangat ke aku tenung Adam dari tadi..Kantoi pulak..

"Ain, keputusan peperiksaan kamu sangat cemerlang", ujar Cg Mas sambil menepuk bahu aku. aku senyum je. yela..setakat percubaan SPM, tak leh la nak berbangga sangat. Ramai pulak yang jeling-jeling aku. "aduh"..terkejut aku dibuatnya..balingan kertas oleh Adam ni sangat menyedihkan aku. Nape dia buat aku macam ni. "Adam! sila ikut saya ke pejabat pengetua"..suara tegas Cg Mas menenangkan aku..yes! Aku ada pembela. Sejurus Cg Mas keluar, aku ambil kertas tersebut..eh..ini surat..surat kepada Adam..oleh..AKU???

""kehadapan saudara Adam...

Saya ingin memohon maaf andai utusan ini mengguris hati. Sebenarnya, saya suka awak Adam..sangat suka..boleh tak kalau saya nak berkawan dengan awak?

yang mencintaimu,
ain"

Bila pulak aku tulis surat ni? patut la Adam benci aku.Aku perhatikan rina gelak sampai terkeluar biji mata."woi pompuan! ko tak habis-habis menyusahkan aku kan?"..jeritan Adam menakutkan aku. "ko ingat aku boleh terima la cinta ko tu? pompuan tak sedar diri betul la ko ni..cermin diri dulu sebelum ada hati nak jatuh cinta kat aku! dengar sini! tak kan ada sorang pun lelaki yang akan merayu cinta kau! takkan ade terutamanya aku! jadi ko boleh Blah!"..terduduk aku mendengar amarah si Adam ni..Air mata..jangan la ko menitis untuk lelaki tak guna ni....."ain,tak payah la peduli kata-kata malaun tu..yang penting..kita struggle untuk exam dulu k? lepas ni, tak payah la ko tengok muka die dah.."..aku memeluk faz sambil menangis teresak-esak..


2/2/1998
Alhamdulillah..keputusan aku sangat membanggakan mak dan ayah..Faz pun begitu..kami bercadang nak belajar di luar negara. Tapi, mungkin Faz sahaja yang layak. mak dan ayah tak mampu nak menghantarku ke luar negara, maka aku berkeputusan nak jadi CIKGU..aku masuk maktab di Kedah. Lepas beberapa tahun, aku mengajar di sekolah menengah di Kuala Lumpur. hajat ingin pulang ke perak tidak kesampaian.
bukan ape, aku nak juga ambil tahu pasal si Adam tu. sebab dia la aku jadi macam ni..rindu ke aku ni? ntah la LABU...aku menjalankan tugas dengan bijaksana...


1/5/2005
Akhirnya aku berjaya pulang ke kampung halaman walopun terpaksa mengajar di sekolah rendah. berada di kampung sangat menyeronokkan. hasrat ingin bertemu teman-teman lama mula la memuncak. orang pertama yang aku cari adalah FAz..sahabat baikku..wah..sudah beranak-pinak si Faz ni..anak-anak yang sangat comel. teringin jugak nak bekeluarga ni. "ain..ko bila lagi..jangan cakap ko tggu adam pulak".."ish..aku tak tggu sape-sape pon...tak sampai jodoh lagi.." aku tersenyum memandang faz. faz memelukku.."tak sangka ko dah jd mcm ni.memg bodoh si Adam tu. aku dengar dia tak kawen-kawen lagi sampai sekarang. mak dia dah bising suruh pinang si Rina tu..tapi dia pulak tak nak..pompuan murah pulak dia label si rina tu..ape punya budak la...dari dulu tak berubah.." kami bergelak ketawa bila mengenangkan rina, Diva di sekolah.." ain...ke si adam termakan sumpah dulu tak?"..aku diam je..

5/5./2005
Penat betul aku hari ni. Anak murid buat perangai pulak..ajar budak-budak darjah 1 ni kena banyak bersabar. Tapi, tengahari tadi, aku terlihat kelibat seseorang yang pernah kukenali..ADAM ke?




~~~~jeng..jeng...penat dah menaip...kalo u ol suke ape yang i cerita ni..baru i sambung...kalo tak..malas la..hehehhe...respondez s'il vous plait!!!~~

c u tomorrow la plak..=P

2 comments:

  1. ala berjeng2 plak dia..nanti jgn lupa sambung cerita eh..i loikee...hantar la kat majalah hehe

    ReplyDelete
  2. hehe...malu pulak saya dibuatnye...heheh...tq!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails